redxky's novel

Ingin Memiliki
Hatimu












X
Friday 4 December 2015

Ingin Memiliki Hatimu
{ don't try to copy all these words ! }




**********


CHAPTER THREE.



Aira memapah Syahira masuk ke dalam kereta dan terus memulakan perjalanan ke rumah Syahira . Selepas membaringkan Syahira di tempat duduk belakang , Aira berasa bersalah . Selalu nya , Syahira mesti akan beritahu dia kalau dia 'PP' . Hmm ... mungkin secara tiba-tiba .

           "Syahira , sabar sikit tau . Aku hantar kau balik rumah ."

          "hm... " jawab Syahira dengan suaranya yang sedikit serak . Bukan seperti sebelumnya . Aira terus menumpukan perhatian pada jalan raya . Syahira kejap-kejap mengerang kesakitan yang di alaminya .


"Maafkan saya , mak cik . Saya tak tau pulak Syahira sakit tiba-tiba . Saya cuai sebab tak tau keadaan kawan baik saya sendiri ." Aira menunduk ke lantai . Dia tidak sanggup memandang wajah ibu Syahira . Setiap kali dia berasa cuai , mesti dia tidak akan memandang wajah orang tersebut . Dia mudah menangis .

              "Tak apa lah , Aira . Janganlah tunduk sampai macam tuh sekali . Mak cik dah tak macam dulu . Sekarang , pandang mak cik ." suruh ibu Syahira , Maisarah .

            Aira lambat-lambat menaikkan kepalanya menghadap ibu Syahira . Puan Maisarah tersenyum lihat gelagat Aira . Memang dia sedikit berkenan dengan Aira . Nasib lah dia tiada anak teruna . Hanya mempunyai anak tunggal . Itu pun perempuan . Siapa lagi , Syahira seorang sahaja .

            "Ha .. kan dah boleh pandang mak cik . Aira , terima kasih banyak-banyak sebab tolong hantarkan anak dara mak cik tu . Mak cik pun dah biasa sangat bila dia macam tu . Ini mesti pertama kali Aira tengok Syahira macam tu kan ? Jangan risau , ya ? " Puan Maisarah menenangkan Aira yang kelihatan menggigil itu . Puan Maisarah mengusap bahu Aira .

          "Aira , mak cik nak Aira berehat dulu kat rumah mak cik ."
          "Kenapa mak cik ?" Aira terus bertanya . Dia tidak betah untuk terus berada di situ lagi . Dia berasa tidak sedap hati . Mungkin bakal berlaku sesuatu .

          "Mak cik tengok , Aira macam letih je ? Mari , masuk dalam . Mak cik tak makan Aira lah ."
          "Tak apa lah mak cik . Aira nak balik dulu ." Aira enggan masuk . Puan Maisarah pula , seperti mendesak Aira untuk terus berada di rumah nya .

           "Mari lah Aira . Mak cik ada masakkan makanan kegemaran Aira , ikan pari masak asam pedas ." Aira terus mengikuti langkah ibu Syahira dari belakang . Mendengar sahaja  'ASAM PEDAS' , mahu terus sahaja dia duduk di meja makan . Tapi , ini rumah orang . Lainlah kalau rumah sendiri .
          Wahh , cantiknya dekorasi dekat ruang tamu rumah Syahira ! Puan Maisarah terus masuk ke dalam dapur untuk menghidangkan makanan-makanan yang baru dimasaknya . Aira disuruh duduk di ruang tamu sekejap .

           "Assalamualaikum !"

Aira menjawab nya dalam hati . Dia terleka seketika menonton drama korea yang sedia terpasang oleh ibu Syahira . Aira tidak perasan langsung lelaki yang memberi salam itu berjalan ke arahnya .

           "Aira ?" soal lelaki itu. Aira terus menoleh . Matanya terbeliak bagaikan tidak percaya . Berapa banyak orang yang sama muka dengan lelaki itu ? Sepanjang hari ni , asyik terserempak sahaja dengan lelaki itu . Siapa lagi kalau bukan si ANIQ .

           "Ya , saya . Kau buat apa kat sini ? Ni bukan rumah Syahira ke ? Macam mana kau boleh ada kat sini ?" Aira terus menyoal bertubi-tubi . Ya lah ! Memang patut disoal sebabnya macam mana lelaki ni ada dekat sini ? Sini rumah Syahira . Bukan rumah dia !

           "Oh .. aku ni s-"
          "Tak payah cakap . Aku nak balik dah ." Aira terus memotong cakap Aniq . Aniq hanya sabar melayan . Kalau diikutkan hati , mahu sahaja diterkam bibir gadis itu . Biar tidak melawan lagi . Macam mana lah dia boleh tersuka dengan gadis itu ?



Aira menyalam kedua-dua tangan ibu Syahira . Puan Maisarah ada memberi Aira sedikit makanan yang dimasaknya . Puan Maisarah memandang Aira dengan perasaan sayu . Baru sahaja dia mahu kenen-kenen kan dengan Aniq ni . Tak apalah , kalau jodoh tak kemana . Puan Maisarah ceriakan hatinya . Aniq pula , melihat sahaja Aira berlalu pergi ke kereta nya di seberang jalan .

                  "Ha ..." Puan Maisarah mengeluh . Dia berlalu masuk ke dalam rumah . Aniq ambil kesempatan itu dan terus menuju ke kereta Aira . Aira pula mahu menutup pintu keretanya tapi cepat-cepat ditahan Aniq .
               
                  "Eh ? Kau ni kenapa ?" Aira dan Aniq saling tarik-menarik pintu kereta Aira .
                 "Nanti kejap . Aku nak cakap-cakap dengan kau dulu ." Aniq terus membuka pintu kereta tersebut . Aira pula , mendengus .

                "Nak cakap-cakap apa lagi ? Saya nak balik rumah , jaga adik saya ."Aira berpeluk tubuh dan mengalihkan pandangannya ke stereng kereta .
                "Mesti kau nak tahu macam mana aku ada kat rumah Syahira kan ?" Aniq mula berteka-teki . Aira berpaling mukanya menghadap Aniq .

                "Saya tak nak tahu pun ." Aira terus menolak Aniq dan menutup pintu keretanya . Aniq tercengang . Dia cuba membuka pintu kereta Aira , tetapi Aira sudah lock keretanya . Aira menjelirkan lidahnya pada Aniq . Aniq pula , membuat aksi macam nak tumbuk .

          Aira terus meninggalkan Aniq di seberang jalan . Haish ~ Dah macam budak-budak pulak aku dengan Aira ni . Aniq mengeluh . Dia mahu memberitahu Aira perkara tersebut tetapi , Aira tidak mahu . Tak apa lah , nanti dia jugak yang menyesal . Aniq tersenyum sinis .


Aira menghempas kan tubuhnya di sofa . 'Arhh ! Nasib baiklah ibu Syahira tak tahu tentang aku dengan si Aniq tuh ! Boleh malu beb ! Tapi , aku memang nak tahu .. macam mana dia boleh ada kat rumah Syahira . Nanti bila Syahira dah sihat , aku tanya dia .' Aira nekad . Dia memang ingin tahu sangat . Apa hubungan Aniq dengan Syahira . Setahunya , Syahira anak tunggal . Entah-entah , nak jodohkan Syahira dengan Aniq . Hohoho ! Aku tak nak lah masuk campur .

           "Baik aku sediakan makanan untuk adik aku ." Aira tersenyum sendiri . Sedang dia meletakkan lauk-pauk di dalam mangkuk , loceng rumahnya berbunyi . Mesti Aiman !

           "Assalamualaikum ! Akak Aira ! " Aiman mengunci pintu rumahnya dan terus meluru masuk ke dalam dapur . Aiman meletakkan begnya di kerusi dan duduk di meja makan . Aira menggeleng .

          "Kut ya pun , pergi lah mandi dulu . Akak ada bau sesuatu yang busuk kat dapur ni ." Aira cuba menyakat adiknya .
         "Agak-agak lah kalau nak perli pun . Yelah , Aiman pergi naik atas dulu . Nak mandi . Akak Aira jugak yang bebel nanti ." Aiman mengambil beg sekolahnya di kerusi dan terus naik ke atas .

        Aira dan Aiman cuma berbeza 2 tahun . Datin Zulaikha dan Dato' Zairel gembira dan bersyukur kerana mereka dikurniakan sepasang sahaja . Aira dan Aiman sering kali bergaduh ketika mereka kecil . Sekarang , mereka sudah tahu yang mana buruk dan yang mana baik , mereka jarang bertengkar . Kalau tak , dulu macam anjing dengan kucing .

     Aira tersenyum apabila mengingati kembali kenangan dulu . Telefonnya berdering di atas meja makan . Kemudian , dia mencapai dan menekan butang call .

         "Helo ?" Aira memulakan perbualan .
        "Ni Aira ke ?" soal seorang lelaki di talian seberang sana . Aira pelik . Siapa pula lelaki ni ? Jangan lah budak si Aniq tuh . Memandai aku je label dia 'budak' padahal dia tua setahun . Alah ... tua setahun je .

        "A'ah . Ada apa yang encik ?" Aira mula soal siasat .
       "Baguslah . Ni aku Kamal . Ingat lagi tak ?" Aira menghembus nafas lega . Bukan Aniq rupa-rupanya .

      "Mesti lah aku ingat . Budak paling perasan dalam kelas . Mana kau dapat nombor telefon  aku ni ?"

     "Aku dapat dari Syahira . Dah lama dah dia bagi kat aku nombor telefon kau ni . Saja aku call lambat . Takut aku kacau kau pulak ."

     "Kau tak kacau aku pun . Aku tak kerja harini . Yelah , weekend siapa yang kerja . Kau kerja ke masuk universiti ? Budak pandai dan perasan macam kau mesti masuk U kan ?" Aira tersengih .

     "Hm ... semestinya lah ! Kau ? Mesti kerja dengan papa kau kan ? Syahira pun dah bagitau aku tentang tu ." Kamal tersenyum . Dia mahu berjumpa dengan Aira setelah beberapa tahu tidak berjumpa .

    "Berapa banyak info yang Syahira dah bagitahu kau ni ? Macam penyiasat pulak ."Aira sedikit geram .

    "hahahahahha ! Janganlah marah , Aira . Aira , aku nak jumpa kau boleh ? Sebagai kawan , aku ada sedikit rindu kat kau ." Kamal cuba meluahkan perasaannya itu .
    "Hm ... tengok lah dulu . Kalau aku free , aku call kau , okey ?" Aira menjeling pada Aiman yang baru duduk di meja makan . Kamal pula tersenyum gembira .

    "Okey ! Aku ready bila-bila je ! Bye ! Assalamualaikum !"
    "Waalaikumussalam .." Aira menekan butang merah . Dia terus menuangkan jus oren pada adiknya .
 
    "Akak Aira , siapa tadi ?" Aiman bertanya ketika mulutnya penuh dengan nasi .
    "Kamal . Kawan lama akak . Dah la , lepas makan baru kita cakap-cakap ." Aira dan Aiman makan dalam keadaan senyap .


To Be Continued ...

Labels:



Ingin Memiliki Hatimu 
{ don't ya try to copy all these words ! }




**********


CHAPTER TWO.




Aira memakai baju kemeja nya di atas katil .  Dia memakai tudung bawal biru muda , kemeja biru dan seluar jeans hitam . Ops ! Dan juga mekap nipis sahaja . Selesai bersiap , Aira mengambil beg tangannya . Hari ini , rancangan nya mahu pergi ke kedai buku POPULAR . Dia mengajak Syahira sekali .  Dia sekarang bekerja di tempat  papa nya walaupun dia masih muda . Dia mahu bekerja sementara bersama papanya . Dia menjadi Setiasusaha papanya sendiri .


Sejak dia dan Aniq bertemu di taman enam tahun yang lepas , dia mengambil keputusan yang dia mahu berpindah . Datin Zulaikha dan Dato’ Zairel juga bersetuju kerana mereka juga perlu berpindah atas urusan kerja . Dia dan Syahira masih berhubung sehingga kini . Dia memberitahu Syahira alamat baru nya dan nombor telefonnya yang baru . Dia tidak mahu mengingati kejadian yang lepas . Dia mahu membuka buku yang baru . Bak kata pepatah , buang yang keruh ambil yang jernih .


Aira menuruni tangga rumah sewa nya itu . Aiman juga duduk bersamanya . Adiknya itu masih bersekolah . Mama dan papa mereka duduk di rumah yang lain tapi , berdekatan . Setelah selesai memanaskan enjin kereta , Aira menutup pintu kereta pemandu dan terus mencapai telefonnya di dalam beg tangan .

          Aira mendail nombor milik kawannya itu . “Hello , Assalamualaikum ! Syahira , kau dah keluar dari rumah kau ke ? Aku dalam perjalanan ni . Boleh aku ambil kau sekali .”


          “Waalaikumussalam . Aku belum lagi . Kau datang lah rumah aku . Kau pindah bukannya jauh sangat .” Syahira tersengih .


          “Berkali-kali dah kau cakap benda yang sama . Okey . Jangan pergi mana-mana ! Tunggu aku sampai ! Bye , beb ! Aku on the way sekarang ni .”Aira mematikan talian dan meneruskan destinasi ke rumah Syahira .





Aira memakirkan kereta di hadapan rumah sahabat baiknya . Dia mencari-cari kelibat sahabat nya itu . Dilihatnya , Syahira sedang memakai kasut heel nya yang berwarna ungu lembut itu . Syahira mengambil beg tangannya yang juga berwarna ungu itu dan terus berjalan menuju ke kereta Aira . Dia melambaikan tangannya pada ayah tirinya .


         “Syahira , aku tengok ayah tiri kau tu dah tak jahat semacam lah . Baik je . Mesti ada apa-apa yang berlaku ni …”
         “Oh ! Ayah tiri aku dah putus dengan awek muda dia dan dia janji pada aku akan menjaga dan lindungi mak aku . Aku pun percaya sebab dia tunjukkan bukti . Sekarang , aku dah lega . So , kita nak pergi mana ?”Syahira menjongketkan kening kirinya . Aira hampir tergelak .


         “Kita pergi shopping buku kat POPULAR !! Aku dapat baucer free . Kau kan minat novel , so aku belanja .”

         Syahira terkejut lalu terpeluk rakannya . “Weh ! Sayang kau sangat-sangat !!”Aira yang menyedari tindak tanduk Syahira itu amat terkejut dipeluk begitu . Teringat pula kisah enam tahun lepas … ARGHHH !! Jangan ingat lagi perkara tu !


         “Syahira , lepas lah beb ! Lemas aku . Karang tak pasal-pasal ade yang masuk ICU hari ni .”


         “Sorry . But , terima kasih tau ! Rasa nak peluk je kau lagi !” Syahira mengacah Aira . Aira sudah menjarakkan sedikit tubuhnya dari Syahira .


         “Kejap ! Apasal hari ni aku nampak , kau serba ungu ni ? Ikut gaya mak datin sebelah rumah tu ke ? Kau berjangkit dengan dia eh ?”Aira sudah menunjukkan reaksi kegelian . Syahira tersengih . Banyak lah kau ! Ni memang dah gaya aku nak pergi berjalan-jalan .


         “Weh ! Kau terlepas jalan lah ! Tu lah … berangan lagi dengan si Aniq tu . Beb , apa cerita kau dengan dia sekarang ? Masih berhubung ke ?”

         “Beb , boleh tak kalau kau jangan sebut-sebut nama mamat  tu lagi ? Geram aku ! Kalau aku bertemu dengan dia , nak aje aku ketuk kepala dia tu ! Geram ! Dah perkara yang lama jangan dikenang . Lupakan jelah . Baik aku buat benda berfaedah daripada ingat kan dia .” terang Aira dengan panjang lebar . Aira membuat pusingan U . Dia meminta Syahira mencarikan tempat parkir . Setelah selesai memakirkan kereta , Syahira terlebih dahulu keluar dari kereta .

         “Eish ! Tak reti sabar betul budak sorang ni ! Tunggulah aku !” Aira mengambil beg tangannya dan berjalan mengejar Syahira yang sedang menari bagai orang yang tidak ingat dunia tu .

         “Weh ! Syahira ! Ramai yang tengok kau beb ! Baik kau berhenti sebelum aku patah balik ke rumah !” Syahira segera berhenti menari . Dia melihat sekeliling . Mana ada orang ?! Dia berpaling ke belakang melihat Aira . Aira berpura-pura bersiul . Aira !!!

         “Airaaaaa !!!” Syahira berlari ke arah Aira . Aira segera bertindak . Dia berlari masuk ke dalam pusat beli-belah . Apabila dia berpusing ke belakang , dia melihat Syahira tercungap-cungap mengejarnya . Dia berpaling ke depan semula dan dia melihat seorang lelaki berjalan menuju ke arahnya . Oh tidaaaakkk !!

BUKKK !

Aira dan seorang lelaki yang tidak dikenalinya itu berlanggaran di depan pintu masuk pusat beli-belah itu . Aira yang perasan dirinya berada di atas tubuh lelaki itu , segera bangun dan membantu lelaki itu mengangkat barangnya .


         “M-m-maafkan s-s-saya . Saya tak sengaja.” Aira mengerling sekilas disekelilingnya . Alamak !! Ramai pulak yang menonton rancangan sebabak yang tidak menarik ini !! Malu aku untuk setahun !!


         “Tak apa . Lagipun , awak ni cantik . Saya maafk-” Aira terasa dunia ini sungguh kecil . Macam mana boleh terjumpa mamat ni ? Lelaki yang bernama Aniq itu bangun dari duduk di atas lantai pusat beli-belah itu .


         “Tak sangka boleh berjumpa dekat sini . Awak apa khabar , Aira ?” Aniq menghulurkan tangannya . Aira tidak menyambut tangan Aniq . Aniq menjatuhkan tangannya disisi semula .

         “By the way , apa yang awak buat dekat sini ? Nak tengok wayang ke ?” Aniq cuba bertanya lagi . Hatinya bagai di langit apabila melihat gadis yang disukainya berada di depan matanya sekarang . Degupan jantungnya terasa tidak stabil bila berhadapan dengan gadis itu . Mereka selalu sahaja bertembung di luar bangunan milik papa Aira , TheStar SDN. BHD . Namun , gadis itu tidak melayaninya .


         “Tak ada lah . Nak pergi tandas .” Aira tersenyum sumbing . Malas mahu melayani lelaki ini ! Buang masa sahaja ! Masa aku kecil dulu , berlagak lagi ! Huh !


        “Aira ! Dapat jugak kau !” Syahira mengenggam lengan Aira . Dia menunduk menstabilkan nafasnya itu . Kemudian , dia mendongak . Uik ?! Aniq ? Macam mana ….


        “Sudahlah . Lain kali sahaja kita berjumpa . Assalamualaikum .” Aira membantu Syahira berjalan menuju ke kedai POPULAR . Aniq menjawab salam dan dia tidak menjangka , dia mengekori gadis pujaannya itu ke kedai tersebut .




AIRA mencari novel kesukaanya . Manakala , Syahira mencari buku-buku masakan dan buku mengemaskan rumah . Aniq pula , memasuki kedai yang agak besar itu , dan mencari kelibat Aira .


         “Hmm …. Buku ni ke buku ni ?” Aira keliru hendak memilih novel yang mana satu yang akan dibelinya nanti . Ah ! Ambik dua-dua jelah ! Nasib ade baucer free . hehehehe…

         “Tamaknya .” Sapa satu suara yang berada dekat di telinganya . Gulp ! Siapa pulak ni ! Janganlah mamat gile pulak yang tegur aku . Eh ? Tapi , kan ada pak guard kat depan . Mana mungkin orang gila yang masuk dalam kedai ni ! Mengarut je lebih . Aira mengetuk kepalanya perlahan . Adushh !


         “Suka hati sayalah encik…” Aira berpaling ke belakang . Dan , dia tidak menyangka . Dia hampir tercium pipi lelaki yang amat dibenci nya sekarang . Apahal mamat  ni ada kat sini ni ?! Buat sakit hati aje !

         “Heh ! Terkejut ke tengok saya ? Saya dah lama taruh hati pada awak , Aira . Terima jelah saya ni . Lagipun , saya ni cukup pakej apa . Muka saya ala-ala Kim Bum apa .”Aira mencebik . Cukup pakej ? Mentang-mentanglah diri tu handsome , nak berlagak pulak ! Kau tak cukup pakej lagilah ! Perangai macam apa dah !

         “Maafkan saya ya encik Aniq . Saya nak lalu ni . Tolong beri laluan .” Aira berjalan ke kiri . Dan , Aniq juga mengikuti langkah Aira . Aira terkedu . Apahal lagi ni ? Karang kalau Syahira nampak , mampuih aku nak kena jawab !


         “Saya nak lalu ni ! Kalau awak tak ada nak kata apa-apa lagi , saya nak pergi .” Aira menahan dirinya daripada terus memarahi lelaki itu . Tolonglah bagi aku pergi !


         “Saya tak benarkan awak pergi .” Aniq mengepung Aira yang sedang memegang dua buah novel di tangannya . Aniq merapatkan wajahnya ke wajah Aira . Aira berasa darah mengalir ke wajahnya . Apa dia nak buat ni ? Buat benda tak senonoh kat sini ?! Tolong !! Sesiapa !! Syahira ! Aira memejamkan matanya . Sudahlah tempat dia mencari novel itu tidak ramai orang . Dan , hanya mereka berdua sahaja !!

         “Cuak ? Takut ? Heh !” Aniq melepaskan Aira . Dia berjalan menuju ke luar kedai . Aira masih tercengang . Dia boleh blah macam tu je ? Aira mencari kelibat Syahira . Eshh ! Mana minah ni ? Tadi , kata dekat sini aje . Mana pulak dia menghilang ? Aira mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor sahabatnya yang baru menghilang itu . Tak angkat pulak ! Mana dia ni ? Pergi bayar dulu lah !




Aira melangkah keluar dari kedai POPULAR . Dia ternampak kelibat Syahira yang sedang duduk menunduk di sebuah bangku yang tersedia di situ . Aira berjalan laju ke arah sahabatnya .

         “Syahira ? Kau kenapa ni beb ?” Aira dengan prihatinnya memegang tubuh belakang sahabatnya . Dia mengurut perlahan . Syahira masih memegang perutnya yang terasa sangat sakit .

         “Aku tak boleh nak cakap sangat ni . Period pain lah . Tadi , aku pergi tandas kejap pakai pad . Buku novel aku tak beli . Terpaksa tangguh .”Suara Syahira yang sedikit serak itu membimbangkan Aira . Aira mengambil beg plastik yang berisi dua buah novel itu dan memapah Syahira bangun .

         “Jom . Aku bawak kau pergi klinik . Dah teruk sangat dah ni .” Aira memapah Syahira dan berjalan dengan perlahan .


Tanpa Aira sedari , ada seseorang memerhatikannya dengan penuh gembira . Kemudian , dia tersenyum .

         “Aira , awak memang prihatin . Buat saya bertambah cinta kan awak .”

To Be Continued ....

Labels:



Ingin Memiliki Hatimu 
 { don't ya dare to copy all these words ! }





Aniq ada iras-2 Kim Bum laa kononnya. Aira pulak ade iras-2 ulzzang Park Hyo Jin tapi versi pakai tudung. Hope you enjoy this story !




**********


CHAPTER ONE.





5 tahun lepas ..


Seorang gadis sedang menyanyi di sebuah taman yang sunyi . Pada waktu itu , yang hanya di taman itu cuma gadis itu dan Ipod-nya . Dia mahu tenangkan jiwanya dengan menyanyi . Ada fakta menyatakan , jika kita menyanyi selama 10 minit , kita akan berasa lega . Dia mahu mencubanya . Mana tahu ? Tu pun nyanyi lagu kpop yang sedih-sedih . Budak zaman sekarang kan ramai yang minat kpop , ye tak ?

           “Asyik nyanyi lagu kpop je …” Tegur seorang budak lelaki yang amat dikenali gadis itu . Gadis itu berpaling melihat kelibat seorang budak lelaki yang bergelar adiknya itu .
           
           “Tak payah lah nak menyibuk ! Dah , Aiman pergilah balik rumah . Nanti akak menyusul .”

           “Tak nak ! Aiman nak balik dengan akak Aira !” Aira bangun dan mengambil Ipod-nya yang masih bersuara itu mendekati  adiknya . Aira mencengkam bahu Aiman .

           “Aiman … dengar sini ! Akak nak bagitahu Aiman , jangan keluar tanpa kebenaran mama ! Kalau Aiman kena culik , kan akak dah risau nanti . Akak nak adik jaga keselamatan adik elok-elok . Lain kali jangan buat macam ni lagi , janji dengan akak ?” Aiman mengangguk .

           “Akak tak nak tengok Aiman menggangguk je . Cakap ‘Janji’ !” Aira memaksa Aiman menyebut perkataan itu . Walhal , umur adiknya itu sudah memasuki 12 tahun . Tak perlu mengajar nya lagi . Umurnya pula , sudah mencecah 14 tahun .

           “Aiman janji , tapi , Aiman bukan budak-budak lagi lah akak Aira . Aiman dah besar . Semua kawan-kawan Aiman dah pandai jaga diri . Aiman pun , pandai jugak !” Aiman mencebik . Aira hanya mampu tersengih .

          “Aiman ! Jom ! Akak belanja Aiman beli aiskrim kegemaran Aiman ! Kita pergi kedai Pak Mat .”
Bersinar-sinar mata Aiman . Setelah mendengar nama ‘Pak Mat’ laju sahaja dia bergerak berjalan menuju ke kedai yang agak besar di hujung taman itu . “Aiman nak aiskrim vanilla feveret Aiman !! Yahooooo !! Cepat akak Aira ! Nanti kedai Pak Mat tutup kedai awal .” Aira hampir tergelak mendengar Aiman menjadi ceria tiba-tiba .

        Aira berjalan mengikuti belakang Aiman . Haih ~ Budak bertuah ni ! Manja sangat . Tak apalah , belanja adik sekali-sekala tak salah pun . Aira tersenyum sendiri .





“Akak ! Aiman nak yang ini !” Aira segera berjalan menuju ke arah adiknya yang sedang memilih aiskrim itu .
          “Aira ! Rajinnya bawa adik kamu ke sini . Mesti sebab dia merajuk kan ?” Pak Mat cuba meneka . Mana tahu betul . Aira tersengih saja .

          “Tak adalah Pak Mat . Saja-saja je belanja dia hari ni . Alang-alang saya dah duduk dekat taman sunyi tu , dia pun ikut . Jadi , dalam perjalanan nak balik ni , saya belanjalah dia . Lagipun , dia suka beli aiskrim dekat kedai Pak Mat ni .”

Aiman amat menyukai aiskrim vanilla ketika dia pertama kali memakan aiskrim perisa itu . Dia kata , vanilla perisanya sama seperti susu . Aiman juga sukakan susu . Jadi , memang patutlah dia sukakan vanilla .

          “Oh ya ! Pak Mat , saya nak bayar aiskrim ni . Berapa ?” Pak Mat mengambil dua plastik berisi aiskrim vanilla itu dan mula kira .

         “RM2.90 . Nah . Makan elok-elok ya Aiman . Jangan buang sampah merata-rata .” pesan Pak Mat . Dia tahu , Aiman budak yang baik dan rajin .

         “Okey Pak Mat ! Aiman bukan budak-budak lagilah . Pak Mat dengan akak Aira ni sama je ! Lagipun , Aiman kan budak baik . Aiman tak pernah buang sampah merata-rata tau !” Aiman mencebik sambil membuka plastik salah satu aiskrim yang dibeli kakak nya tadi .

       
         “Merajuk lagi … Aiman , Pak Mat bergurau jelah . Janganlah ambil hati . Pak Mat tahu , Aiman ni budak baik . Dah lah . Balik cepat . Nanti mama kamu berdua marah pula . Kirim salam dekat mama dan papa kamu .” Pak Mat melambaikan tangannya setelah kelibat Aira dan Aiman semakin menjauh . Aiman membalas lambaian Pak Mat .

         “Bye , Pak Mat ! Jumpa esok ! Assalamualaikum !” Laung Aiman dari jauh . Pak Mat membalas , “Waalaikumussalam ! Jaga diri tu elok-elok !!”


Pak Mat dan Aiman rapat seperti ayah dan anak . Tetapi , sejak kebelakangan ini , Aiman dan Pak Mat tidak rapat semenjak sesuatu perkara yang telah berlaku enam bulan lepas . Pak Mat masih membayangi kejadian lepas dan dia menggeleng . Boleh pulak teringat kisah lapuk tu ? Hishhh …



“Assalamualaikum ! Mama ! Papa !” Aira dan Aiman mengucap salam sebelum masuk ke dalam rumah . Mama Aira , Datin Zulaikha berjalan ke arah mereka dengan senyuman . Papa mereka pula , Dato’ Zairel sedang tersenyum ke arah mereka sambil membaca sebuah buku islamiah .


          “Mana Aiman pergi ni ? Tak bagitahu mama pun nak ikut akak kan ? Risau mama dibuatnya . Haih ~ Budak bertuah ni !” Aiman tersengih dengan mulut nya yang comot itu . Kata dah besar , tapi , masih macam budak-budak .

         “Maafkan Aiman ma . Aiman nak ikut akak Aira je . Lagipun , Aiman dah siapkan kerja sekolah Aiman dekat bilik Aiman .”

         “Ha ! Ni … beli aiskrim lagi ? Aiman … Aiman … tak habis-habis dengan aiskrim vanilla …” Datin Zulaikha menggeleng perlahan . Aiman tersengih . Aira pula , tersenyum sahaja . Dato’ Zairel mengeluh .

         “Dah lah . Kesian budak-budak tu . Aira , Aiman  pergi mandi lepas tu kita solat berjemaah sama-sama dekat bilik solat .” Dato’ Zairel tidak mahu mereka melengah kan masa dengan bersoal-jawab itu . Datin Zulaikha menghenyakkan punggungnya di sebelah suaminya .

         “Baik papa .” Aira dan Aiman segera naik ke atas untuk bersihkan diri . Lagipun , sudah hampir waktu malam . Sebelum Aira naik ke bilik nya , dia hampir terlupa sesuatu .

         “Ma , pa . Tadi , Pak Mat kirim salam .” Aira mendekati mama dan papanya . Datin Zulaikha dan Dato’ Zairel membalas salam . Aira meminta diri untuk naik ke atas .

         “Abang ni … saya baru je nak tanya mereka lagi .” Dato’ Zairel tersengih .

         “Awak ni pun satu , janganlah nak tanya mereka masa ni . Lagipun , dah nak malam . Biar mereka bersihkan diri dulu . Masa lapang nanti , awak tanya lah mereka .” Datin Zulaikha mencebik . 


        “Ala .. abang cakap ajelah yang abang tak suka saya membebel kan ?” Dato’ Zairel tergelak kecil melihat kelakuan isterinya itu . Dah berumur tapi , kecantikannya tetap tak akan luntur .

        “Bila masa lah saya tak suka awak membebel ? Ada-ada jelah . Dah lah . Baik kita bersiap juga . Bila anak-anak dah siap , mama dengan papanya tak siap lagi . Jom .” Dato’ Zairel meletakkan buku islamiah nya dia atas meja kecil dihadapannya dan berjalan ke bilik . Datin Zulaikha hanya mengekori suaminya dari belakang . Malas nak bertengkar agaknya .




Aira sedang menyusun jadual persekolahan nya . Setelah selesai menyusun buku-buku nya ke dalam beg sekolah nya , dia terjumpa segumpal kertas sampah di bawah mejanya . Sudah berhabuk sedikit gumpalan kertas itu . Aira mengambil dan membukanya . Sudah koyak rabak kertas itu .Setelah selesai dibuka sampai ke hujung , Aira mula membaca ..



      Setiap hari ku menatap wajahmu …
     Setiap kali ku terpegun melihatmu …
    Aku terasa degupan jantungku …
   Berdebar-debar seperti kereta api bergerak laju …



Aira segera mengumpal kertas itu kembali . Dia mula merasai sesak di nafasnya . Dia menulis ayat yang entah apa- apa itu untuk lelaki yang tidak menghargai cintanya . Cintanya di campak begitu sahaja .



3 tahun yang lepas …



Aira sedang berjalan menuju ke arah seorang remaja lelaki yang cukup tinggi . Tinggi Aira  hanya separas bahu lelaki itu . Syahira yang menyedari tindak tanduk Aira segera menarik lengan Aira .

        “Aira ! Apa kau nak buat ni ? Kau nak bagi dia surat cinta ke ?” Syahira mengenggam lengan Aira . Aira yang menyedari Syahira mengenggam lengannya dengan kuat itu , menjerit .

        “Syahira ! Lepaskan la ! Aku nak dia tahu betapa aku cinta kan dia !”

        “Uit ! Kita ni budak-budak lagi la . Kau ni ! Kalau kau nak bagi surat cinta ni pada dia pun-” Belum sempat Syahira menghabiskan ayatnya , Aira berlalu pergi .

        “Aira ! Ish ! Budak ni ?! Dia tak tahu ke yang si Aniq tu dah ade awek ? Minah ni !”Syahira berlari mengejar Aira dari belakang tapi , nampak nya Aira sudah mula memberi surat cintanya itu kepada Aniq .


Aira menghulurkan surat cintanya itu kepada jejaka di hadapannya kini . Jantungnya tidak stabil pada waktu itu . Sungguh memalukan !

       “Kau nak bagi aku apa kali ni ?”soal jejaka itu . Aira mendongak memandang wajah bersahaja lelaki itu .

       “Saja . Bagi surat .”

       “Setakat bagi surat ni buat apa weh ? Hmm …. okey . Aku ambil .” Aira berasa lega . Kali ini lelaki itu ambil juga pemberiannya itu. Aira tersengih sendiri . Berhasil juga kerjanya itu .

       Krishhh ! Aira segera memandang ke arah kertas yang diberinya tadi . Aira tidak menyangka . Lelaki itu mengoyakkan kertas pemberiannya ! Melampau ni !!

      
       “Kenapa abang koyakkan kertas ni ?”

       “Aku dah muak dengan surat cinta macam ni . Lagipun , tak payah la nak ber ‘abang’ sangatlah dengan aku . Aku bukannya abang kau !” Lelaki itu menjatuh kan kertas itu dilantai . Dan , setelah itu , dia berlalu meninggalkan Aira sendirian . Nasib lah waktu itu di belakang bangunan sekolah dan tidak ramai murid yang lalu lalang di situ .

       “Aira !! Kau tak apa – apa ke ?” Syahira sengaja tidak mahu mengacau adegan yang agak sedih itu . Dia segera berlari mendapatkan Aira yang sedang melutut menghadap kertas cintanya yang sudah terkoyak itu .

       “Lelaki tak guna ! Aku buat benda ni siang malam ! Dia tak menghargai langsung ! Tahu la dia tu famous tapi tak payah la surat orang pun dia nak koyakkan ?! Aku rasa aku bukan makin suka dengan lelaki ni , tapi makin benci ! Ahhh ! I hate HIM !!” Aira menekup mukanya dengan kedua-dua belah tangannya . Dia berasa sungguh sedih . Sudah la dia berjaga sampai ke pagi untuk menyiapkan surat atau kertas cintanya itu kepada lelaki yang tak reti nak menghargai apa yang orang beri !

        “Mungkin kau tak ada jodoh kut dengan dia . Dah la . Jangan la bersedih . Aku belanja kau lollipop nak ?”

        “Hmm … boleh jugak ! Syahira , nasib baik kau ada dekat sini . Kalau tak , dah lama aku tendang punggung dia dari belakang ! Haahahahahahah !”

        “Tu nasib baik . Jom la ! Loceng dah nak berbunyi .” Aira dan  Syahira berlalu ke kantin sekolah mereka .


Aira tidak mahu mengingati persitiwa itu . Ianya amat memedihkan ! Bukan sekali lelaki itu berbuat begitu kepadanya tetapi , sudah berkali-kali ! Lagipun , waktu itu dia bersabar . Tapi, kali ini dia mungkin tidak boleh bersabar ! Tapi , tahun ini dia tidak berjumpa dengan lelaki yang tua setahun dari nya itu . Lelaki tak guna itu bersekolah waktu pagi . Ahhhh !! Geram hatinya memikirkan lelaki itu !

          Aira mencampak segumpal kertas yang berada dalam genggaman nya masuk ke dalam tong sampah . GOL ! Aira tersenyum puas ! Kalau lelaki itu berada di hadapannnya kini , mahu dia masukkan sekali kepala lelaki itu ke dalam tong sampah . Uit ! Jangan main kepala ! he he he…


        “Cik Aira . Makanan sudah dihidangkan .” Lamunan Aira terputus . Dia tersenyum kepada pembantu rumahnya itu .

       “Tak apa . Sekejap lagi saya turun bawah .” Bibik itu segera turun ke bawah . Ada lagi hal yang perlu dia lakukan di dapur . Suaminya yang sedang berehat di bilik perlu diberi makan juga .




Dato’ Zairel dan Datin Zulaikha mengambil tempat duduk di meja makan . Anak-anak mereka sudah menunggu mereka setelah selesai mengerjakan solat maghrib di bilik yang disediakan untuk bersolat . 

        “Maaf ya anak-anak papa . Lama tunggu . Mama kamu ni ha .. banyak hal nak cakap dengan kamu lepas ni .” Datin Zulaikha terus memandang wajah suaminya dengan tajam .

        “Mana ada apa-apa lepas ni . Saya tak ada benda yang nak dicakapkan pada mereka . Sudah-sudah la soalan cepumas saya dah bagi dekat anak-anak saya .” Dato’ Zairel sengaja mahu menaikkan amarah isterinya . Aira menahan tawanya . Dia tahu apa yang bermain di kotak fikiran papa nya . Aiman hanya memerhati mama nya dengan senyuman .

        “Dah . Mari kita makan . Bik ! Mari makan sekali dengan kami !” Dato’ Zairel memanggil bibik mereka dan mengajak makan bersama dengan mereka . Keluarga mereka tidak seperti keluarga kaya yang lain . Mereka sekeluarga amat baik . Lagi-lagi , Dato’ Zairel . Dia amat mesra dengan drebar keretanya dan bibik yang berada di rumahnya .

        “Ya , Dato’ . Sebentar lagi saya duduk makan bersama tuan puan sekeluarga . Ada banyak lagi pinggan dan mangkuk yang perlu saya cuci di dapur .” Datin Zulaikha tersenyum pada pembantu rumahnya yang seorang itu . Suami pembantu rumah mereka itu ialah drebar mereka . Mereka berdua duduk di rumah Dato’ Zairel sahaja kerana mereka perlu berulang alik ke rumah lama mereka . Jadi , mereka dibenarkan duduk di rumah Dato’ Zairel . Lagipun , mereka berdua sahaja yang amat rapat dengan Dato’ Zairel dan Datin Zulaikha .

        “Yelah . Bik siapkan semuanya kemudian makan bersama kami . Dan , ajaklah suami kamu tu .” Datin Zulaikha tolong jawab bagi pihak suaminya . Bik hanya membalas senyuman Datin Zulaikha dan terus berlalu ke dapur untuk menyiapkan urusan mencuci .


        “Aira , esok kamu mula bersekolah kan ?” tanya Dato’ Zairel . Aira mengangguk . Aiman mencebik .  “Papa tak nak tanya Aiman ke ?”

        Dato’ Zairel tersengih . “Yelah anak bongsu papa sorang ni . Esok sekolah kan ?” Aiman mengangguk dengan laju berserta senyuman di wajahnya . “Erm ! Sayang papa !”

        “Mama ?” Datin Zulaikha mula berkecil hati . Aiman dan Aira saling berpandangan . Kemudian , mereka memandang ke arah mamanya pula .

        “Kami sayang mama dan papa !!” Jerit mereka berdua serentak . Datin Zulaikha dan Dato’ Zairel berpandangan dan mula ketawa . Di ruang makan itu terdengar ilaian ketawa mereka sekeluarga .




Aira membaca sebuah buku di meja belajarnya . Selesai menolong bibik nya di dapur dia terasa letih . Mungkin disebabkan petang tadi dia ke taman yang jauh sedikit dari rumahnya itu . Aira terasa satu gegaran di dalam poket seluar track nya . Dia mengeluarkan nya dan melihat pada skrin telefonnya itu .
SYAHIRA . Nama rakan baiknya di sekolah itu seringkali menelefonnya . Aira segera menekan butang call .

        “Assalamualaikum . Hello ?” Aira memulakan perbualan di talian . Secara mengejut , Syahira menjerit di talian seberang sana .

        “Aira ! Apa khabar ? Dah lama tak jumpa kau !” Aira menjauhkan sedikit telefon nya dari telingnya . Boleh pekak macam ni !

       “Cakap tu boleh tak jangan jerit-jerit ?! Kau tak jawab pun lagi salam aku .Nasib baiklah aku tak off terus talian ni . Lama tak jumpa ? Baru seminggu beb ! Ala .. lebih kurang dengan aku lah . Rindu kau jugak !” Aira mendengar ada gelak ilai tawa dari talian seberang .

       “Sorry… waalaikumussalam .  Kau cuba nak tiru aku kan ? Menyibuk je kerja dia . Kau buat apa tu ? Malam-malam macam ni tak tidur lagi ?”


       “Tengah makan lollipop .” Aira menipu Syahira .

     
       “Gila ke weh ? Makan manis malam-malam !  Gemuk kau nanti jangan nak salahkan aku ! Kau dah lawa tapi debab . Muahahahahahah ! ” Syahira masih dengan gelak tawanya yang tak terhenti-henti . Budak ni kalau bagi lawak yang tak berapa nak lawak pun dia boleh gelak seminggu . Sebab tu lah kat sekolah ramai yang panggil dia ni minah sawan gelak !


      “Oit ! Apasal diam je kat sana ? Esok sekolah . Ingat tu !” Pesan Syahira . Dia sebenarnya tidak sabar mahu berjumpa dengan rakan baiknya itu . Ada perkara yang mahu dikatakan .

     “Agak-agaklah nak gelak tu . Tak manis tahu tak ?  Lagi satu , kau ingat kawan kau ni lupa ke esok sekolah ? Pigidah !! Dah lah ! Aku nak tidur ni . Aku mana ada makan lollipop time macam ni ! Aku tengah baca novel yang baru aku beli semalam .”


      “Esok aku nak baca tau beb !”

      “Yela . Goodnight ! Sleep well , my friend !” Aira tersenyum sendiri . Dia juga tidak sabar mahu ke sekolah esok . Harap-harap , tidak ada perkara yang buruk bakal berlaku . Amin .

  
Aira menutup novel nya dan terus ke katil yang bersaiz queen itu . Aira menhenyakkan badannya dan menarik selimut menutupi badannya . Dia memandang sekeliling biliknya . Seluruh biliknya hampir berwarna kelabu . Papanya sering kali berkata , ‘Aira , pilih lah warna yang feminine sikit .’ Aira tersenyum sendiri lagi . Dia menutup kelopak matanya dan tidak berapa lama kemudian … dia terlelap .







“Aira !” Laung Syahira dari belakang . Aira segera memaling setelah mengetahui siapakah yang memanggilnya itu . Aira tersenyum .

          “Wah ! Kau nampak lainlah hari ni , Syahira !”
         
          “Merepek je ! Tak ade masanya aku berubah hari ni . Aku tengok kau makin ceria je hari ni . Makin lawa pun ade aku tengok !”Syahira berpelukan dengan Aira di tepi pagar sekolah .

          “Kau pun dua kali lima jugak dengan aku . Merepek je keje ! Jom ! Kita berborak kat kantin . Dekat pagar sekolah ni buat ape ?! Jom !” Aira memegang lengan Syahira dan membawanya ke kantin .




“Kau tak ada cerita ke dengan aku ?” Syahira memulakan perbualan . Aira meletakkan beg nya di sisi .

          “Cerita apa kau ni ?” Aira tidak faham . Mahu ceritakan kisah percutiannnya ke atau …. ?

          “Eleh ! Macam lah kau tak tahu ! Cerita pasal Aniq tu lah !” Aira sudah mencebik . “Malaslah nak cerita pasal dia . Aku dah lupakan dia lah beb ! Tak ada keje ke apa nak kenang pakwe orang ? Dah lah ! Dah lepas dah ! Lapuk pun .”Aira menongkat dagunya . Syahira mengeluh .


          “Aku bukannya apa … makin hari makin aku tengok kau ni sekejap masam . Sekejap ceria . Pelik aku ! Kalau dulu , ceria bukan main sebab si Aniq tu .” Syahira mencebik . Dia juga sedar akan perubahan sahabat karibnya itu .


          “Alah … dah lapuk lah weh ! Aku tak nak lagi terkenang kan dia lagi ! Menyemak kepala otak aku je ! Baik aku fikir pasal pelajaran je . Lagi penting dan lagi senang !” Aira mendabik dadanya dengan perlahan . Syahira hampir tersedak melihat kelakuan kawannya itu .


          “Heh ! Memang patut kau lupakan dia !” jawab seorang jejaka yang amat dikenali ramai itu . Wan Muhd Aniq Bin Wan Muhd Akmal . Nama itu lah yang sering disebut-sebut oleh ramai gadis di sekolah mereka . Jejaka itu juga telah mencuri hatinya .


          Terkejut benar Aira dan Syahira sehingga mereka termelatah .


          “Opocot kau terjatuh dalam longkang busuk kat tepi sekolah !!” Syahira melatah dalam satu nafas . Kemudian , dia menghembus . Aira hampir tergelak . Dia juga hampir melatah . Sekarang fikirannya hanya tertumpu pada lelaki di belakang nya ini .


Jejaka itu terus sahaja duduk di sebelah Aira .  Kini , mereka terasa mereka sudah jadi bahan bualan orang ramai di kantin . Ada yang berbisik-bisik . Jeling-jeling maut . Aira terasa bulu romanya menegak .



        “Eh ? Apa duduk dekat sini ni ? Tak kisah makwe marah ke ? Dah pergi lah !” Aira memberanikan dirinya berkata sebegitu terhadap jejaka yang menghancurkan hatinya . Juga maruahnya .

        “Menghalau nampak ? Okey . Aku fine je . Lagipun , aku dah clash dengan makwe lama aku . Aku nak cari pengganti . Kalau boleh , aku nak kau jadi awek aku . Nak ?” Aniq memandang Aira yang sedang merenung ke dalam matanya . Huhh ! Tak ada masa aku nak bercinta dengan dia ! Maruah aku di pijak !


        “Kau ingat aku ni nak sangat ke bercinta dengan kau ? Aku masih budak lagi lah . Baru tingkatan dua ! Kau yang tingkatan tiga ni dah suka bercinta-cinta dengan siapa entah ! Dah pergi lah sana !” Aira separuh menjerit . Syahira yang melihat keadaan itu , mula risau . Aira , kau melampau juga .

        “Oh !  Aku nak cabar kau ! Dalam masa seminggu ni .. kalau kau tak ada pakwe , aku jadikan kau makwe aku . Deal ?” Aniq menghulurkan tangannya . Aira tersenyum sinis .

        “Tak ingin aku nak main cabar- mencabar dengan kau . Kalau nak cabar lah orang lain .”


       “Maksudnya ni , kau tak setuju lah ? Okey . Walaupun kau cakap macam tu , aku masih kira yang kau tetap terima cabaran aku . Akhir minggu ni , aku datang jumpa kau lagi . Aku harap kau dapat jumpa teman lelaki yang sesuai untuk kau . Bye , my sweetheart .” Aniq beransur pergi . Aira mendengus .


       “Dia ingat … aku siapa ?! Geramnya !! Dia suka mencabar hati aku lah Syahira ! Eiiiii .. geramnya ! Nak je aku lenyekkan badan dia yang kurus tu !” Aira mengepal penumbuk di tangannya .

       “Aku pun fikir yang sama tapi .. tadi dia kata my sweetheart  kat kau . Dia suka kau ke beb ?” Sejak tadi , Syahira melihat sahaja mata lelaki yang bernama Aniq itu . Pandangan matanya menunjukkan yang dia menyukai Aira . Ah ! Mungkin mata miang kut ?


       ‘Yang penting … aku tak akan cari sesiapa selain dia . Walaupun aku benci dia , tapi , hati aku masih sukakan dia . Cintakan dia . Dua tahun berlalu , aku masih sukakan dia . Tak boleh nak lupakan langsung .’ bisik hati Aira .


KRING !


       “Aira ! Loceng dah bunyi lah . Sempat lagi kau termenung sendiri kat kantin ni . Jom gerak .” Syahira mula menggalas begnya . Aira mengambil begnya dan terus beredar ke kelas masing-masing .





Aira menumbuk-numbuk mejanya dengan kuat . Hampir seluruh kelas mendengar nya . Mungkin ada masalah .


       “Aira ! Kau kenapa beb ? Tumbuk-tumbuk meja . Ni apahal ? Mesti marah dekat cikgu tadi kan ?” Syahira mendekati meja Aira . Aira masih menumbuk-numbuk meja nya itu tanpa memandang ke wajah kawannya itu .

       “Beb ! Aku cakap dengan kau ni ! Kau kenapa ?” Syahira masih berkata dalam nada yang tenang tetapi marah . Aira mula membuka mulutnya tetapi , Syahira tidak mendengar sebutir pun kata yang keluar dari mulut Aira .

       “Aku nak ke tak nak . Terima cabaran si Aniq tu ?” Aira mengangkat wajahnya dan memandang Syahira . Syahira memikirkan sesuatu . “Kalau kau terima cabaran dia , tak salah . Tapi , kau cuma ada empat hari aje lagi nak cari teman lelaki .”

  
       “Aku boleh jadi teman lelaki Aira .” Aira dan Syahira segera mendongak memandang salah seorang murid di dalam kelas mereka . Muhd Kamal .


       “Tak apa lah , Kamal . Ramai lagi yang nak kat kau . Kau dengan aku boleh jadi sahabat baik je. Kau taruh perasaan kat aku ke ?” Aira terus tanya direct . Syahira yang berada di sebelah kiri Aira mampu berdiam diri daripada menyampuk .


       “Ha ? Suka kat kau ? A.. aku c..cuma boleh jadi sukarelawan je . Aku ada dengar juga yang ada orang cabar kau cari boyfriend dalam minggu ni .” Mata Aira segera terbeliak . Dia memandang Syahira . Syahira menggeleng menandakan bukan dia yang menyebarkan cerita itu .


       “Kamal . Siapa bagitahu kau tentang tu ?” Aira terus berdiri . Kamal menjarakkan sedikit badannya dari Aira . Dia berasa tidak selesa .  Jantungnya juga tidak berdegup seperti biasa . Semakin laju .


       “A..aku .. dengar sendiri dari buah mulut orang ramai . Budak-budak dalam kelas kita ni pun dah tahu yang ada budak lelaki yang famous tu nak cabar kau cari pakwe . Ramai gila yang suka jadi boyfriend kau .  Kau tengok dia orang kat sana tu . Tersengih-sengih macam kerang busuk kat kau . Janji , bukan aku yang sebarkan . Okey ? Puas ?” Kamal terpaksa memberitahu Aira perkara yang sebenar . Hakikatnya , memang Aira seorang gadis yang cantik . Dengan bulu matanya yang lentik juga matanya yang coklat lagi bulat comel itu telah menarik setiap hati para lelaki . Hidungnya yang mancung dan bibirnya yang mulus dan merah itu juga menjadi daya penarik nya .


       “Aira … kalau ya pun , janganlah pandang aku macam tu . Tahu lah aku ni handsome . Heheheh …” Aira segera mematikan lamunannya . Dia kembali duduk di kerusi . Kamal mengambil sebuah kerusi lalu duduk di sebelah kanan Aira .


      “So , Aira … apa keputusan kau ? Nak terima cabaran dia ke ?” Syahira bertanya setelah lima minit mereka berdiam diri .


      “Aku dah buat keputusan . Aku ………..”

      Kamal dan Syahira terlopong . “Betul ke ni ?” tanya Syahira bagi memastikan adakah betul Aira sudah pasti dengan jawapannya ??

       “Aku pasti dan pasti …. Jangan risau …”Aira tersenyum kecil .





Aira bertemu dengan Aniq di sebuah taman yang dipenuhi ramai kanak-kanak . Cuaca juga agak nyaman dan tidak terlalu bising .


      “Aira … mana pakwe kau ? Dia halimuan eh ?” Aniq seperti tercari-cari seseorang di belakang Aira . Aira menahan amarahnya . Syahira mengikuti nya tetapi , dia menyorok di semak-samun di taman itu .


     “Aku tak ada .”


     “Tak ada apa ? Pfftt ! Aku dah agak ! Mesti lah kau tak boleh nak cari teman lelaki kan ? Sekarang kau dah sah jadi teman wanita aku .” Aniq cuba memeluk Aira tetapi Aira segera bertindak terlebih dahulu . Wan Muhd Aniq ni !!!! Miang betul lah ! Boleh pulak dia cuba nak peluk aku ?! Aku paling pantang orang bukan muhrim nak peluk-peluk aku ! Tak boleh dibiarkan ni !


     “Jangan cuba nak sentuh aku ! Kita bukan muhrim !” Aira menuding jari telunjuknya hampir mengena pada wajah Aniq . Aniq tersenyum . Aira berasa berdegup seketika . Ah ! Jangan nak cari pasal .


     “Selama ni … ramai bekas teman wanita aku dulu , tak pernah sekali tuding jari kat aku . Kau seorang je . Kau istimewa . Aku tetap nak kau jadi teman wanita aku .” Aniq mengambil tangan Aira yang hampir mengena mukanya itu , dan dia menggenggam nya . Aira terkedu . Macam mana ni ? Aira segera menarik semula tangan kanan nya itu tetapi , genggaman Aniq lebih menguasai .

   
      “Lepas ….lah !! Lep… pas kan lah !” Aira menarik-narik tangan nya . Raut wajah Aira berubah . Genggaman Aniq sangat erat . Dan juga , sakit . Aniq melepaskan genggaman nya setelah melihat raut wajah Aira .

      “Ai-Aira . Awak tak apa-apa ke ?” Aniq melihat Aira menahan tangisannya . Aira menggosok-gosok pergelangan tangannya . Aira … jangan menangis !


      “Aira , aw-” Aira mengangkat mukanya memandang Aniq dengan air matanya hampir menitis . Aniq tidak dapat menyambung . “Selama ni .. tak pernah ada seorang pun yang genggam tangan aku sampai merah macam ni ! Aku benci kau ! Jangan dekat dengan aku lagi !” Aira berlari keluar dari taman . Aniq masih berdiri kaku . Dia tidak tahu sama ada perasaannya ketika ini marah , sedih , gembira , keliru , … semuanya bagai di campur menjadi satu . Yang pasti , degupan jantungnya tidak stabil seperti keadaan asal .
Benar lah kata orang , air mata wanita yang jatuh itu seperti mutiara .

       “Apa yang kau dah buat ni , Aniq ! Kau dah lukakan hati dia !” Aniq menarik-narik rambutnya . Dia terduduk sebentar di taman . Syahira masih menyorok di semak .

       “Aish ! Aniq yang suka Aira ke atau Aira yang suka Aniq ? Pening kepala !” Syahira segera keluar dari semak . Kerjanya selesai merakam adegan itu . 


 To Be Continued .... 

Labels: